Pages

Wednesday 17 June 2015

#BffTripAsia to Krabi - Part 2

Hi, kita kembali. Jom sambung Part 2 #BffTripAsia to Krabi.

4 Mei 2015

- Jam 3 pagi aku dengan Syakina gerak to airport, Ksara sayanglah hantar. Pasal flight kitaorang jam 7 pagi. 


So sampai airport Krabi around 9 am (waktu Malaysia). Thailand lambat 1 jam dari Malaysia. 


Ni la geng aku , actually Bff trip ni aku, Syakina *girl with peace* and Anabella *topless one* 😜 both ni mmg bestfriends aka housemates time aku study diploma dekat Kuantan. Yang lain tu kawan Ana. So kita geng juga~ 

Dekat airport terus kitaorang beli simcard, untuk 5 hari - 200 bath unlimited internet.


Bayangkan tengah laut pun dapat line, online la sampai mabuk. Siap boleh facetime, video call, line baik punya. Jadi untuk ke hotel, kami telah menggunakan khidmat van - 150 bath seorang. Memang ada dekat airport orang akan berlegar-legar tanya, perlukan transport tak? So kita 7 orang oklah. Ngam!

Hotel aku dah kena booked sebelum travel lagi, Harvest Hotel. Recommended, best! Selesa! Cuma biasalah jauh dari pantai Ao Nang. 15 mins walking distance.

Aku dengan Syakina punya katil, kemainn. Nasib tak kena hias macam orang honeymoon. Kalau tak lunyai Syakina. Hahaha. Dah sampai, dah check in, jomlah perut dah lapar. Layan gambar la eh korang? Tuk 1st day in Krabi.




Naik Tuk Tuk 50 bath - seorang. Mahai ! Tapi tuk pengalaman oklah ~


Time geng yang lain sebuk cari pakej aktiviti, bargain sana bargain sini pusing susur jalan Ao Nang, panas sangat aku tak tahan. Sampai cramp otak aku. So aku decide pergi Tesco dengan Syakina cari toiletries, naik Tuk Tuk dan hangkut mineral water 1500ml 6 botol dann balik hotel. Kami give up jalan kaki so naik  Mini bas 30 bath - seorang. Lagi murah dari Tuk Tuk. Sampai hotel memang belengas gila, mandi, solat terus tidur. Penat. Energy zero! Tengok Ana balik bilik tak macam orang dah. Macam Zombie. HAHAHAAHA. So untuk 1st day diaorang dah belik siap siap semua pakej /activites dekat Krabi. 

Malam keluar makan~ 
    

Balik tidur. Ready tuk esok. Jam 7 pagi. So tunggu part 3 ok. Muahh ciked!!


No comments:

Post a Comment