Pages

Wednesday 17 June 2015

#BFFTripAsia to Krabi - Part 5

Hari ni last aktiviti dekat Krabi. Cuti pun nak sampai penghujung. Jom~

6 Mei 2015

- Pakej / aktiviti terakhir aku ni gila memang mencabar aku. Mencabar fizikal aku, mencabar jiwa penyayang haiwan, mencabar aku sebagai manusia. Sebabnya, Ya Ampun! Apa pakej dia? Pakej dia dalam 600 bath seorang.

Yang pertama, pagi-pagi kami kena hangkut bawa naik satu van dengan Cina bau baju lembap tak kering hamis! Nasiblah~ satu hari suntuk memang kena tahan hidung.

Menuju ke Elephant Trekking. Naik gajah! Aku memang taknak, sebab aku tak sampai hati. Tapi aku tak tahu kenapa aku turut saja ajakkan orang dengan perasaan kosong. Dah naik atas dia, ya ampun. Tingginya kau! Palang penghadang hanya sebatang besi! Gila scary. Sepanjang naik tu Syakina paut aku, kami tak berbual. Hanya berbual dan... Aku menangis! Gayat tu satu hal, bukan sebabnya. Sebab aku rasa berdosa, siap minta maaf. Jangan cari aku di akhirat. Waaaaaaaa~ tapi lepas tu aku belanja dia sebakul pisang. Kesiann..

Tu abam yang bawa gajah. Aku rasa dia minum. Kuat gila bau arak! Phewww~ lepas dari naik gajah. Kami kena bawa pergi Emerald Pool & Blue Pool.

Disinilah bermulanya acara jalan kaki bermeter-meter. Sabar ja la. Untuk ke Emerald Pool kena jalan 800m ke dalam. Boleh mandi, tapi aku tak mandi pun. Malas! Dah penat jalan, aku stress! HAHAHA. 

Lepastu, belum habis lagi. Kau nak tengok Blue Pool kau kena jalan lagi 600m ke dalam. Tudiaaaa~ sepanjang perjalanan nak naik Blue Pool tu aku pun snap la gambar. Bosan! Hutan kiri kanan.

Tiap kali orang lalu tuk balik, kami tanya. Jauh lagi ke? Jauh lagi. *mereput* bila dah sampai, memang mulut kau tak habis habis memuji kuasa Allah. Jadi orang cakap berbaloi lah kau jalan jauh untuk pemandangan macam ni. Subhana Allah. Taraaa~ 
Hah apa kagi gambar gambar dan gambar. Patah balik nak turun bawah kau kena jalan 600m lagi. Tu baru sampai Emerald Pool. Nak keluar dari tempat tu jalan lagi 800m. So untuk both pool ni kau dah jalan kaki sepanjang 2.8km. Matilanakkk!! 

Naik van semua kepanasan, aku tak larat dah. Nak lelapkan mata la konon tapi baru nak lelap dah sampai next destination, Hot Stream Pool. Fuhh legalah boleh rendam kaki. Dah lenguh!

Sekali dia kata kau kena jalan lagi 300m ke dalam. Makk aikk nak suruh aku mengengsot ke apa bamthai. Nak taknak turutkan lah. 
Dapat tempat strategik lepas berebut dengan nyonya, aku rendamkan kaki. Legaaaa. Tempat dia kecil ja, biasa ja la. Nak balik pergi van jalan la 300m. So total aku berjalan kaki pada haritu ialah 3.4km kau. Dah boleh masuk larian amal 5km. Naik van ja, terus membuta! Sampai hotel, naik mandi. Perut lapar. Nak cari makan. Sewa motor! 

Siap pergi urut chuolsssss. memang terbaiklah. dah penat jalan kaki macam nak rak!


Aku dahla tak pandai bawa motor, sewa motor actually scooter la. Fobia! Nak taknak kena ambik juga sebab malam nak jalan cari souvenirs. Phewww! 




No comments:

Post a Comment