Pages

Wednesday 18 December 2013

Rasa itu kita? Atau aku sahaja?

Tuk rindu dan rasa kasih semua pada orang yang pernah sakiti kau, itu PELIK. Tapi kau rasa benda itu BAHAGIA. Bisa buat kau tersenyum sendirian tanpa paksaan, bisa buat kau terbuai dengan dunia khayalan kau sendiri tanpa kau cipta ia.

Tapi sampai bila, pernah dulu dia menyakiti kau tanpa belas kasihan dan sekarang kau masih menagih CINTA dia semula...

Apa kau pasti dia akan beri semula kasih itu? Atau cuba tuk memecah dan meretakkan hati kau tuk kali kedua? 

Semuanya pada kau. 
Bahagia kau yang rasa.
Sakit juga kau yang rasa. 


Tepuk dada, tanya rasa.

Thursday 12 December 2013

Buntu

Perlahan-lahan mereka tinggalkan aku,
Terkapai-kapai aku mecari arah baru.
Yang belum tentu jalanya lurus dan tidak buntu.

Siapa juga kata aku tidak berhak tuk rasa sedih, pedih, sakit, kecewa, perit serta luka? 

Thursday 31 October 2013

Perjanjian

Kau bagi aku coklat,
Hati aku rasa aktif tuk radar cinta kita,
Kau bagi aku bunga,
Hati aku juga haruslah berbunga-bunga,
Kau bagi aku senyum manis,
Hati aku boleh kena kencing manis..

Ahh bahagia itu kita rasa bersama..

L.E.L.A.K.I

Hai lelaki, 
Apa nama kau lelaki, kerja kau hanya tahu menyakiti?

Hai lelaki,
Apa ke susah sangat kami nak menerka emosi kau. 

Hai lelaki,
Apa ego kau memang tinggi melangit dan susah tuk mengalah. Apa takut telor kau pecah? 

Hai lelaki,
Apa kau datang kembali tuk tambah luka pedati yang pernah kau hayunkan di hati ini?

Hai lelaki,
Apa kau ingat hati kami ni macam cantuman game puzzles yang boleh dicabut dan pasang balik?

Hai lelaki,
Belajarlah menghormati perasaan kami perempuan yang sentiasa sayang dan cinta kau separuh mati..

Hai lelaki,
Tak kami terkejar-kejarkan kamu andai kami tidak benar-benar mengasihimu.

Hai lelaki,
Tapi jika hati kami mula luluh hancur berderai bersepah barai, kami takkan dapat mencintaimu sama seperti dulu.

Sunday 20 October 2013

Jangan.

Jangan diberi sinar,
Jika tak ingin menunjuk jalan.

Jangan diberi harapan,
Jika tak ingin membahagiakan.

Jangan diberi pandangan,
Jika tak ingin dipersoalkan.

Jangan bangkit dari mimpi,
Jika tak inginkan perubahan. 

Jangan berangan~ 

Saturday 19 October 2013

Terpaksa

Rasa macam nak kongsi perasaan tapi tak pasti perasaan ini apa. Parah, lara, hati bawa mati. Rindu juga letak tepi. Jangan dipaksa hati yang tidak mahu bercinta.

Wednesday 18 September 2013

Melahu

Malam ini, 
Saat ini, 
Tika ini,

Aku kalah lagi, rebah disisi katil dan,
Airmata mengiringi.

Walaupun...
Tidak aku pinta ia mengalir,
Deras, laju melahu tanpa fikir keadaan sekeliling.. 

Ahhhh! 
Lemahnya kau, 
Lembiknya kau,

Kenapa tidak kau lawan terus, buang terus. 

Percayalah!
Sinar baru kan kau temui.
In sha Allah~

Friday 13 September 2013

Setan!

Kau kata sayang, walhalnya kau injak perasaanku dalam diam.

Monday 9 September 2013

Kisah ilahi

Kisah kita tak sama dengan mereka,
Mereka lihat kita bahagia,
Di dalamnya, AKU saja yang rasa.

Tiap denting-denting waktu kita lalui,
Kita coretkan dalam memori minda,
Yang manis,pahit,suka,duka serta tawa dan tangis.

Tidak pernah aku impikan yang engkau akan menjadi paling sempurna,
Cukuplah jika engkau dapat memenuhi ruang ruang diantara jari-jari kau dan aku.
Cukup juga jika kau gagah berdiri menjadi imamku yang sejati.

Setiap yang terjadi, adalah kisah dari ilahi.

Sunday 28 July 2013

Lara hati

Aku kena sepak diri aku dari terus bermimpi,

Aku kena sedar diri dari terbang melangit sebelum rebah jatuh ke bumi.

Sakit.. Hati, diri, jiwa, perasaan semua akan sakit. Sakit! Sakit! Sakit!!

Semua tentang kamu..

Friday 19 July 2013

Tepuk

Tidak akan berbunyi perasaan, 
kalau takda tangan yang bertepuk. 

Monday 15 July 2013

Terpancar

Dimukanya terpancar senyuman manis tapi dihatinya duka tak siapa pun yang tahu.

Sakitnya rasa~

Penagih

Seribu kali awak buang saya, 
seribu kali saya berkecil hati dan membawa diri. 
Dan seribu kali itu jugalah saya kembali semula menagih cinta yang sama.

Thursday 11 July 2013

Toreh

Bila kau paksa mata kau tuk tidur, 
Sama macam kau toreh pisau dekat hati aku.

Sakit.

Tuesday 9 July 2013

Impian

Kertas lukisan itu kosong tak bercorak, tak berwarna,
Apa kata kita lukis ia dengan impian kita, 

Rumah berciri ala bali, anak kecil sepasang yang ranggi, kita berdua bersantai ditepi kolam ikan koi. Ahhhh, impian.

Frust

Bila mata terpejam, irama mimpi kita beralun, tapi bukan apa yang kita minta.

Ahhh, frustnya aku rasa. 

Kuasa baca

Kalau ada satu hari aku bisa baca dan dengar kata hati manusia, 
Aku mahu punya kuasa itu,
Walaupun sehari sahaja.


Agar aku bisa baca hati kau tentang kita.

Jujur

Ada benda yang kita kena jujur;
Tuk kepuasan hati kita bersama.
Percayalah.. 

Sunday 7 July 2013

Sinar itu

Jika aku bisa terbitkan sinar dihatimu,

Mengapa tidak kau simpan aku selamanya tuk dirimu.. 

Semulajadi mati.

Bila kau bersusah payah melupakannya,
Dunia kau mula berwarna-warni,
Dan tiba-tiba;

Dia muncul kembali.
Ahh hati kau, dunia kau, mati semulajadi.

Thursday 27 June 2013

Mangsa dunia.

Bila aku sedih... 


Aku tak punya bahu lain tuk aku lagukan sedihku.. 


Yang aku ada,
Hanya bahu aku sendiri..


Kenapa? 

Bila sedihnya orang, 
Bila marahnya orang,
Bila emosinya orang,
Bila herdiknya orang,

Aku mangsanya. Aku tempat ia mengadu. Aku tempat ia berdomba.


Tapi bila aku,siapa yang ada?
Penat lelah aku tahan sendiri saja.. 

Sunday 26 May 2013

Punya kaki tuk berlari.

Aku ingin lari sejauh mimpi, 
Aku ingin lari dari diri yang tidak pasti. 

Lari aku jangan ada yang kejari,
Kerna aku sudah penat mengkhinati diri.

Aku ingin lari sembunyikan diri,
Aku ingin lari kerna ku tak mahu ada kau lagi disisi.


Wednesday 15 May 2013

Kembali - Akim ft. Stacy

Janji-janji lama kau termetrai di ruang udara,
Mengimbas kembali memori itu di setiap sudut tempat, kata dan janji aku dapat lihat ia bersama.
Tika mata aku pejam tuk lena.

Tapi aku tahu, sekarang ini bukannya masa untuk kita bersama,
Aku pilih tuk bahagiakan hati aku dengan cara aku sendiri.
Pilihan aku.

Bukan kau...
Maaf,
Kau yang ajar aku tuk beralih dan mengalah dengan kuat untuk kenyataan yang lebih benar serta nyata.

Aku tahu hakikatnya aku masih merana didalam.
Tapi tidak pernah sekali aku cuba perlihatkan ia untuk kau.
Kerna aku tahu,
Tiada tempat untuk aku dihatimu.
*ps- Untuk Kau, kalau memang jodoh kita tertulis di Luh Mahfuz. Memang ia kan tetap milik kita*

Tuesday 2 April 2013

Cerita dongeng

Kadang aku sendiri terfikir, kenapa aku terus memilih tuk bersama dia..
Dulu dan sekarang amat berbeza..
Perubahan yang amat ketara..

Tapi kenapa aku tetap tuk teguh berdiri, untuk dia?
Apa tidak cukup lagikah pengorbanan yang aku lakukan sebelum ini?
Apa tidak cukup lagikah kasih yang aku beri?
Apa tidak cukup sempurna lagikah aku untukmu?

Aku tetap memilih tuk bersama kau,
Bodohnya aku kerna tidak bisa menilai mana kaca dan permata,
Bodohnya aku terus menerus memilih menyakiti hati sendiri.

Friday 29 March 2013

Bahu aku.

Bila mana kau dipaksa untuk membuat pilihan, tetapi terikat dengan kisah silam dan janji sejati. Apa yang patut kau lakukan?

Biarkan saja hati tuk turutkan pembaharuan atau duduk disitu setia menanti?

Aku sendiri tidak punya jawapan itu, kerana aku sendiri keliru.

Bila kau perlukan dia tiada, bila kau ingin melangkah ke dunia baru dia muncul dengan senyuman taburan janji manis dibibir .

Aku tetap terikat dan memilih tuk hidup di takuk itu bersama angan-angan yang tidak pasti lagi keberhasilannya.

Kenapa tidak cuba hidup baru?
Tepuk bahu.

Tuesday 19 March 2013

Menahan hati

Mengenalimu pada awalnya semua bahagia,
Tiada langsung tangisan yang di alunkan,
Tapi kenapa itu hanya sementara,
Kenapa tidak dikecap sehingga ke syurga.

Mengenalimu bukannya satu penyesalan,
Tapi lebih baik aku tidak mengenalimu dari dulu,
Apa yang aku rasa sekarang hanya sendu,
Tiada lagi rasa rindu darimu.

Apa yang kau ucapkan hanyalah mainan kata dari lidah lembutmu,
Tiada lagi keikhlasan dari hati itu,

Bodohnya aku!



24 Feb 2013
-tiada kaitan antara yang hidup dan mati-

Sunday 24 February 2013

Ahad Pagi.

Aku hanyalah pasir pesisir pantai yang hanyut ditolak arus. Tidak aku menetap terus disitu, begitulah aku dihatimu. Dan menjaga hati itulebih susah dari menjaga diri.

Saturday 2 February 2013

Bisa.

Lagi mata bisa menangis,
Teruskanlah.

Lagi mulut bisa diam,
Tutuplah.

Lagi hati bisa tahan,
Tanggunglah.

Kuatkan diri sendiri,
Sampai rasa fikiran tidak waras.

Ingatlah,
Hukum Allah itu wujud.

Tanya hati.

Bunga mawar kembang wangi,
Satu hari tetap mati.

Hati manusia keras macam besi,
Satu hari lebur juga.

Tanya hati,
Kenapa kaki aku tetap disini,
sedangkan berpuluh kali dicucuh api.

Tanya hati,
Kenapa aku cekal menanti,
Sedangkan berjuta kali aku disakiti.

Satu hari aku pergi,
Kau jangan cuba cari.

Tuesday 29 January 2013

Luka itu perlu.

aku tahu apa perasaan burung di dalam sangkar,
bila matahari terang benderang di bukit sana,
bila angin sepoi di daunan hijau,
dan sungai deras jernih ibarat kaca,
bila bersiulnya burung lain,
dan kembang putik berbunga,
dan wangiannya memukau,
aku tahu apa perasaan burung didalam sangkar.

aku tahu kenapa burung di dalam sangkar kibarkan sayapnya,
sehingga cedera, luka, berdarah pada besi,
ia perlu pulang ke batang sangkar dan bergayut,
kala lena, 
itu jua tempat jantungnya berdenyut,
perih dan parut lama pasti ia ingat,
aku tahu kenapa burung di dalam sangkar kibarkan sayapnya.

aku tahu kenapa burung di dalam sangkar menyanyi,
sayapnya luka dan punggungnya letih,
bila bersiul maka bebaslah,
bukan lagu gembira, atau lagu tuk menari,
tapi doa dari jauh dalam lubuk hati,
mohon kepadaNya ia berterbang pulang,
aku tahu kenapa burung di dalam sangkar menyanyi.

#imranajmain #dikalungkasihan #lukaituperlu

Pelangi mati.

Kau beri aku pelangi, sampai satu saat kau matikan diri.

Mana kau pergi? Mana yang kau janji?


Aku masih teguh berdiri kerna janji tuk sehidup semati.


Dan bukan hati aku yang pujuk sendiri. Oh ya, Selamat malam duniawi. 💤


*tiada kaitan antara yang hidup atau mati. Dan gambar hanya ilusi*

Thursday 24 January 2013

Manusia lagi kejam!

Cuaca sejuk begini, aku pertaruhkan diri duduk diberanda luar rumah.

Bunyi air pancut kolam ikan, angin sejuk. Sungguh menenangkan.

Ahhh, dunia tak sekejam yang disangka!

Gambar rekaan semata.

Kitaran hidup.

Kucing berak atas sofa kita herdik, kita marah.

"Kurang ajar kau kucing, kencing sepah-sepah. Bodoh!"

Tapi lepas tu kita belai manja si kucing bodoh itu.

Tapi manusia, kesalahan kecil nampak terus kejahatan yang dibuat.

Siap dihina, caci, herdik tanpa belas kasihan.

Sedangkan manusia itu masih ada hari esok tuk dia jalani.

Tuesday 22 January 2013

Apek, suratkhabar lama.

Aku menung jauh dimeja sudut.
Aku capai pencungkil gigi.

Terhenti fikiran aku sejenak, dalam hati berkata,
aku tunggu kenapa tak tiba?
Bukan bila mahu kau janji ada?

Ahhhh pembohong.

Saat aku pinta kau tiada,
jangan kata suara,
kelibat pun tiada.

Aku paling semula diluar jendela, aku kata oh itu semua khayalan saja.

Wednesday 16 January 2013

Dimana Cinta Hakiki?

Begitu luar biasa bentuk cinta hakiki,

yang berlandaskan kasih ilahi,

ibarat pohon dalam hati,

akarnya adalah kepatuhan kepada Allah,

dahannya adalah makrifatullah,

iaitu mengenali Allah,

rantingnya takut pada kemurkaan Allah,

daunnya malu kepada Allah,

buahnya adalah istiqamah,

air dan bajanya adalah zikrullah.

#IstikharahCinta

Wednesday 9 January 2013

se itu aku.

sekuat mana pun aku,
aku tetap tewas.

setegar mana pun aku,
aku tetap terkandas.

sehebat mana pun aku,
aku tetap kalah.

seteguh mana pun aku,
aku tetap roboh.

sekerap mana pun aku,
aku tetap tertinggal.

sesiapa pun aku,
aku tetap tertindas.

sebesar mana pun aku,
aku tetap dilupakan.

selalu mana pun aku,
aku tetap kehilangan.

pergilah kau bodoh!

Re-post: 18th February 2010.

Khalifah Allah

Hidup tak selalunya indah kata orang,
Tapi pernah kamu berfikir,
Bagaimanakah keindahan hidup itu,
Adakah tercorak seperti lakaran, 
Tercantingnya seperti keindahan batik,
Ataupun seindah 7 warna pelangi.

Setiap makhluk yang berada didunia,
Mempunyai matlamatnya tersendiri,
Sehinggalah tercapai matlamat itu,
Maka berdiri megahlah ia,
Sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

Tapi pernahkah kamu berusaha,
Untuk mencapai matlamat itu,
Berlari untuk mendapatkannya,
Bermimpi disiang hari,
Atau hanya mampu melihat kemenangan orang lain.

Jadi biarkan saja irama tuhan ini beralun dengan sendiri,
Tanpa mengadu tentang kesilapan sendiri.

Re-post: 25th June 2009

Tuesday 8 January 2013

Bismillahi..

Lama aku tinggalkan dunia khayalan aku, kini aku muncul kembali untuk alunan jari jemari.

Banyak benda yang terjadi, banyak benda juga aku pelajari. Tetapi aku masih tegap berdiri.

Aku cuba lari dari kesibukkan kota dengan menghadiri dunia ciptaan aku sendiri, tapi aku gagal.

Kegagalan aku bukan kerna orang sekeliling tetapi atas diri sendiri.

Hari ini, aku mulakan semula semuanya dengan kalimah suci 'Bismillahi', dan ini.

Dunia kita berbeza dan apa perbezaan dunia kita?