Pages

Wednesday 31 December 2014

Aku cuba

Aku cuba jadi manusia yang terbang tinggi,
tapi aku berbalik semula pada tanah untuk dijejaki.


Aku cuba jadi manusia yang tidak mudah lupa diri,

tapi aku dihujani dengan kata kata puji.


Aku cuba jadi manusia yang marahnya tidak menyakiti,

tapi aku dibisik durjana untuk memaki.


Aku cuba jadi manusia yang sentiasa ingat pada ilahi,

tapi aku lupa tuk bersujud dengan hati.


Aku cuba untuk jadi yang terbaik,

tapi aku ditolak diherdik dalam senyuman.

Friday 26 December 2014

Manek Urai

Hari ini Jumaat terakhir tahun 2014.
Hari ini juga genap 10 tahun Peristiwa berdarah Tsunami yang berlaku.

Sedang kita menunggu tahun baru, 
Allah taala memberikan ujian kepada kita dengan Bah yang terjadi di Pantai Timur.
lebih teruk dari sebelumnya, lagi hebat kuasa-Nya.
Ya Allah, kau yang maha esa, maha besar, maha kuasa.

ampunilah segala dosa dosa kami, kau cucilah segala dosa kami, tapi jangan kau hukum kami.
kasihanilah saudara saudara kami, telanlah airmu ke tempat yang betul, hentikanlah curahanmu kerna sudah tidak tertampung dek saudara saudaraku.

kepada kau kami bermohon Ya Rab.

#prayforPantaiTimur

Wednesday 24 December 2014

Tak semua

Tak semua orang rasa, apa yang kita rasa.
Tak semua orang nampak, apa yang kita hadapi tiap hari.
Tak semua orang tahu, apa yang kita lalui.
Tak semua orang. Tak semua..

Twitter

Bila berpisah ni, penat nak start over relationship dengan orang lain. Nak berkenalan balik, nak mula sayang, nak sayang gila-gila. Penat. #twtcinta

Tuesday 23 December 2014

Kejap 2.50, kejap 3.50 petang

Tidak akan berbunyi,
kalau takda tangan yang bertepuk.

Tidak ada janji,
Kalau takda orang yang bersuara.

Tidak ada rindu,
Kalau takda dia yang melahu.

Persetankan! Kau injak semahunya tanpa belas ihsan. Benci aku pada kau bertambah dan jangan minta aku datang!

Esok kita buka baru, pergi kau bersama memori tipu.



Thursday 25 September 2014

Andai ini takdirnya

Percintaan bertahun-tahunnya belum bisa menjamin kebahagiaan hingga ke syurga selagi dia nya belum sah menjadi imam kamu..

Cinta yang kau semai hampir ke 9 tahun itu juga boleh jadi terputus di tengah jalan, boleh jadi juga diam seribu bahasa, boleh jadi juga tergantung tanpa berita.

Tidak seperti selalunya, jika dia mempunyai masa ke Kuala Lumpur, pastinya akulah orang pertama yang hatinya akan berbunga-bunga.

Tapi kali ini berbeza, langsung tiada panggilan telefon daripadanya, langsung tiada whatsapp daripadanya. Yang ada cuma check in di Facebook.

Kesimpulan yang dapat aku rungkai kan, tiada lagi rasa sayang itu, juga ego dari kedua belah pihak. 

Andai ini takdirnya. 

Sunday 21 September 2014

Sedih

Orang cakap kalau kita sedih, jangan tunjukkan.
Pergi cari yang maha Esa. 

Yes, itu memang kewajipan. 
Tapi manusia itu sendiri dikurniakan dengan hati dan perasaan kan? 
Jadi tak salah untuk rasa sedih. 

Aku? Kau bagi aku masa menangis sekejap. Senyum semula, lepas tu menangis lagi semahunya..

Selepas itu, in sha Allah aku akan okay.
Aku sudah terlalu banyak lalui kesedihan, yang membuatkan aku bangkit tabah. 

Dan tangisan sekarang tidaklah seberat dugaan yang dahulu.
Aku redha! 

Tuesday 16 September 2014

Bertamu

Terkadang. 
Rasa itu datang tanpa diundang. 
Rindu itu cuma bertamu untuk mencuit hati yang lama telah berdiam diri.
Malam! 

Tuesday 24 June 2014

INDAH

Cinta itu bisa jadi menyenangkan, juga bisa jadi menyedihkan. Cinta itu juga tidak semuanya INDAH.

Cinta juga bisa jadi kombinasi antara semuanya ada didalam.

Cinta paling abadi dan hakiki adalah cinta pada yang maha esa, juga cinta kepada ibu bapa. Yang memang menyempurnakan kita.

Cinta juga pada adik beradik serta rakan taulan yang selamanya ada ketika susah senangnya kita. 

Barulah pelangi hidup kita, menerima dan memberi cinta pada yang benar-bernar memerlukannya.

Sunday 22 June 2014

Harapan & Janji

Kalau nak cakap pasal harapan, 
dari dulu lagi aku berharap. 

Dulu aku berharap pada sesuatu yang tak pasti. 

Penat dengan harapan palsu. 

Itu semua mematangkan aku. 

Kalau bercakap tentang janji, 
nama pun manusia, 
memang biasa Mungkir Janji.

Saturday 21 June 2014

Mencari

Kalau bisa aku ucapkan dan jawapannya positif, ayuh kita bina bersama masjid di dunia dan syurga!