Pages

Saturday 29 August 2015

Merdeka!

Seakan bahasa itu bahasa kita, tapi lagu dan nada nya sudah tidak sekata~
Selamat Mengambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58. Moga terus aman daman bersama PM yang siddiq, amanah, tabliq, fatonah. Aminnn :)

Sunday 23 August 2015

Mini cheesecake

Hello gais, hari ni sis nak bagi resepi mini cheesecake cap pemalas level tahap brahhhhh~

Bahan-bahan:
1 paket biskut berintikan rasberi
250 g cream cheese
1 biji telur
2 sudu makan gula kastor
1 sudu makan butter
Jem strawbery
Buah straberi sebagai hiasan

Biskut buh la dalam bekas aluminium ke bekas cupcake ke ikut koranglah~

Lepastu, Pergi pukul cream cheese *yang telah dicairkan pada suhu bilik tau* kalau tak, susahla nak pukul. Masukkan butter, gula dan telur. Pukul sampai semuanya bersatu. Kembang halus.
Dah tu sis pun cedok masukkan dalam bekas alumnium yang ada biskut tu. oven jangan lupa panaskan ya kawan-kawan. Suhu 175'c untuk 20 minit. Masukkanla aduan tadi. Chewahhh~
Hah, yang ni siap bakar. Tengah sejukkan. 
Jem straberi tuk bubuh as a topping.
Tadaaaaa~ inilah hasilnya. Yums~ sejukkan tau dalam fridge. Lagi ngam hoi!!! 
Ready to eat! 

Selamat mencuba gais~

Friday 21 August 2015

Melaka seharian

Hey. 
Entri kali ini lambat 3 bulan penceritaannya. Jadi kita bikin short and simple. Tapi enjoi! 

7 Jun 2015 (Ahad) - Melaka

Actually it is a unplanned journey. Me and my family unpredictable. Semua benda boleh jadi dalam sekelip mata. Kitaorang plan last minute nak pergi Melaka, gerak jam 11 pagi.

Plus 9th June is Umie's birthday. So celebrate awal, bawa jalan-jalan. Drive pergi aku. Drive balik Cici. Bandar Melaka, Bandar Hilir tu memang kitaorang dah selalu pergi. Tapi mission nak cari Coconut Shake Pantai Klebang memangla. Queue dia menduga~ lepas tu melawatla Pantai Klebang, Bas lama dijadikan restoran & hotel. Pastu patah balik Bandar Melaka, makan. Shopping dekat Dataran Pahlawan.

Untuk pengetahuan semua, Melaka ada Galeri Rumah Terbalik. Apa lagi, kitaorang pun masuklah. Abah the one yang paling happy and excited, kemainn dia pose sana, pose sini. Alhamdulillah Ya Allah tuk bahagia keluarga ini. 

So now, jom lah layan beberapa gambar yag masih ada dalam pone. Yang lain dah kena transfer. Hihi~ 

                 
Adik kita cakap, hipster kena ambil gambar macam ni. So why not cuba kan. Kihkihkih. 
                              
Sebelum balik JB, makan durian Lahabau. Eh salah, Durian Melaka.  Hee~
Tukang sponsor masa kejadian, aku sponsor minyak ja. Hehe. Thanks Bro for benefit :p
Syurga.
Ini lah Galeri Rumah Terbalik tu. hihihi.

So dah puas jalan, around 10 kitaorang gerak balik JB. Jam 1 pagi, Alhamdulillah sampai. Esoknya kerja! 
Aku ada album Wanderlust sendiri. Kekonon kenangan. Dulu pun aku ada album dengan Ex-BF. Tapi aku bukan saiko ok. Bai~

Wednesday 19 August 2015

Fruits Cocktail

Hi.
Pagi ni officemate kita bikin Fruit Cocktail. Versi dia lah. If versi kita lain.
Terima kasih Kak Jie. Yums~

Bahan-bahan:
Nata De Coco
Buah campuran dalam tin
Susu cair 1 tin

Simple kan? senang ja. semua buh dalam mangkuk besar dan sejukkan dalam fridge. Lepak pantry, gosip. leuls~


Sunday 16 August 2015

Bangunkan aku dari tidur panjangku.

Aku tak minta pun kenangan tu datang.
Masa lampau itu. 
Antara kau & aku.

Tapi malam ni, perbualan aku dengan umie buat aku tersentak.
Kau tegur umie dahulu tujuan bertanya khabar. 
Dan aku, terjumpa iPod aku, setelah sekian lama "menghilang".

Dibuka kotak galeri, penuh video kau & aku. Gambar saat rasa bahagia tu kita yang punya.

Apa ni semua? Malam ni? 

Aku tak mampu, maaf sebab aku dial number telefon kau.
Dan menangis semahunya.
Ungkapkan kata yang tidak sepatutnya aku ucapkan.

Dalam tutur itu aku berhati-hati, takut apa yang diucap tidak mampu diterima akal. 

Aku sakit.

Tak Guna Lagi

                    

Saturday 15 August 2015

Aku baca status kau.

Aku tak tahu apa keputusan aku buat ni betul atau tidak.
Apa aku fikir rasional atau tidak.

Kenapa susahnya manusia ini diduga, kenapa tidak diberikan sahaja jawapan yang ingin dimengertikan.

Aku cuba fikir dimana silapnya, dimana betulnya.
Aku cuba rasa apa benar ini keputusannya.

Meninggalkan dan menerima atau menerima dan meninggalkan.

Semua dah terlambat, jika benar dia bersungguh untuk menjadikan kau miliknya pasti sudah dia lakukan effort walaupun aku tidak kelihatan begitu sungguh. Jadi untuk apa aku rasa bersalah?

Aku juga tahu, yang memang dari mula lagi "dia" tidak boleh menerima aku. Benar tekaanku. 

Selamat tinggal~
Terima kasih untuk memori 4 bulan,
Kata-kata manis, janji manis, menghiburkan hati, memberi kata-kata semangat kala aku jatuh. Temani waktu malam dengan sembang berjam-jam lamanya dan topap RM50 waktu aku tengah susah tersadai tepi jalan. HAHA.

Aku baca status kau. Aku pergi! 
                         

Sungai Bantang Bekok, Segamat

Jom nak cerita, seminggu lepas raya aku dengan families decided nak pergi mandi air terjun. At the same time, nak hantar Afiq *adik lelaki* aku balik UiTM Segamat. So kita pergi Sungai Bantang Bekok, Segamat. 

Layan gambar~
                                   

                    

                    
                   
Lepas habis berendam, menujulah kami ke Bandar Segamat. Sehinggalah tepat jam 12 malam sampai JB. 

Review tempat mandi,
Ok-ok ja. Takdala seronok sangat. 

Yang sentiasa ada.

Hari ini hari terakhir Syawal 1436H. Sepanjang tempoh Ramadhan dan Syawal ini banyak benda berlaku dalam diri aku, keluarga aku & orang sekeliling aku. Paling terasa adalah aku..

Manusia itu boleh datang dan pergi sesuka hati. Bila mana dia selesa, dia akan terus tunggu. Jika tidak, dia boleh pergi tanpa dipinta.

Perkenalan aku dengan seseorang itu diaturkan oleh Allah swt, kami berkawan dan awalnya bahagia. Sehingga satu hari, masing-masing diam seribu bahasa. Khabar hanya diutuskan dengan ucapan Selamat Pagi & Selamat Malam. Itu sahaja. Dan kemudiaannya Allah temukan aku dengan seseorang, gerakkan hati aku untuk berkawan dengannya. Siapa aku untuk menolak, berkawan biar seribu. Bercinta biar satu. Tiada salah dalam perkenalan itu. 

Apa ini ujian-Nya. Aku tidak pernah meminta untuk memilih siapa paling bagus, siapa paling hebat. Tapi pintaku dalam doa, dipercepatkan jodoh dan dipertemukan jodoh bersama seorang lelaki yang soleh. Mampu membuat hati aku rasa apa itu bahagia. 

                      
Yang sentiasa ada,
Keluarga aku. 

Tuesday 4 August 2015

Suara hati kosong

lihat bulan. cantik mengambang penuh.
tapi hati kau ? masih kosong.

mana sinar bintang itu pergi.
kalau tidak ke matahari, ataupun menyendiri.

aku punya hati, aku punya kaki.
tapi aku tidak tahu mahu kemana berlari dan pergi.

kenapa tidak dituju pada pandu arah, kan senang.
kadang yang dituju itu pun tiada akhirnya.

bahasa tubuh kaku.
bahasa minda tertutup.

alunan suara terkatup.
alunan muzik terhenti.

jadi tebarkan saja kata sunyi.
jadikan semua hanya mimpi.

lihat bulan. cantik mengambang penuh.
tapi hati kau ? masih kosong.

mana sinar bintang itu pergi.
kalau tidak ke matahari, ataupun menyendiri.
1.36am
Selasa, 19 Julai, 2011