Pages

Sunday 28 June 2015

Aiskrim Oreo Adik

Korang jom tengok macam mana aku saving bikin aiskrim Vanilla oreo. Aku punya adik perempuan memang suka aiskrim dengan oreo. Habis ja nak beli, lagi dan lagi. 

Habis tu umie beli aiskrim tupperware cap Magnolia langsung takda orang makan pun. So dari terbiar, kita "marah" adik kita suruh dia makan. Apa kita buat? Jom~
So oreo tu korang buka masukkan dalam zip lock bag macam pat bawah ni
aku terpaksa buat satu paket, satu paket dulu. takut pecah. ketuk pakai lesung ke apa la yang keras. Aku ketuk pakai penggelek tepung tu.
Dan hancur dia jadilah begini
Aiskrim korang kena cairkan dulu. baru senang nanti nak gaul.
lepas tu apa lagi tabur 
Dan kacau oreo tu. Simpan dalam peti ais sejuk beku selama 4 jam paling minima. Taraaaa... siap dah! Nikmatilah sampai kenyang. 

Wednesday 24 June 2015

Sakit.

Susahnya bila mana kau nak buang kenangan tu memang jauh. 

Jauh dari hati, jauh dari fikiran, jauh dari semua.

Tapi dia tetap datang, dalam mimpi, dalam nyata. Kenapa?

Kenapa tak kau terus pergi. Sebab aku dah tak mampu lagi. 

Sakit.

Monday 22 June 2015

#CacaRMLoveFood - Puding Caramel

Hi. Hari ni masuk puasa ke 5, sekejap saja kan? So semalam, umie bikin dessert sedap Puding Caramel. 
Tempting kan? Jom tengok resepinya~

Bahan-bahannya:-

- Telur 7biji
- Susu pekat manis 1 tin
- Air 1 tin *sukat guna tin susu juga* 
- Tepung kastard 3 sudu makan
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 senduk kecil gula pasir & jadikkan gula hangus
- Bahan yg lain tu semua blend sampai kembang
- Gula dh sejuk masukkan bahan blend tadi
- kukus selama 45 minit.

Semasa curahkan bahan cair, akan kedengaran bunyi seperti crack. Tapi korang proceed ja. Jangan irau, takda apa tu. 

Kemudian sejukkan sekejap dalam suhu bilik dan masukkan dalam peti ais. Masa nak hidangkan tu terbalikkan dan hiaskan dengan buah strawberi. 

Sekian. Selamat mencuba. 

Sunday 21 June 2015

Seharian di Bandar Kluang.

Hari ni terpanggil nak cerita travel blog aku pasal Kluang. Aku dengan family aku ada sejenis penyakit yang memang kaki jalan. So kitaorang pergi Kluang hanya tuk cari breakfast pastu balik. Tapi kali ini spesial sikit pasal naik keretapi. Wehooo~

23 Mei 2015 (Sabtu)
- Lepas subuh, hantar adik lelaki aku dekat airport sebab flight dia jam 7 pagi. Pastu kitaorang tak boleh nak tidur balik. Duk terkebil-kebil. Dengan lantang terus aku suarakan cadangan jom kita pergi Kluang, naik train. Cadangan diterima.. 

8.00 pagi
- Pergi JB Sentral, hantar abah pat kastam terus kitaorang pergi tengok tiket. Ada, beli terus. Suruh Afiq park kereta. Tiket dari JB - Kluang RM 14. So beli 4 tiket. Seriously ini memang pertama kali kami naik train, umie aku paling teruja kalahkan si Fyna*satu-satunya adik perempuan aku*
Ni rupa tiketnya. KTM sekarang tak macam dulu kata abah aku. Sekarang smooth ja. Seronok. Dia ikut nombor gerabak. Kitaorang salah gerabak, siap tegur orang tu lagi tu tempat kitaorang. Sekali Afiq perasan terus "oh sorry, bai!" HAHAHAHA 

Tengok Umie teruja lebih nak turun pergi gerabak.
Teruja sangat. Afiq dah selalu naik. 

11.00 pagi
- Sampai ja stesen Kluang apa lagi, bergambar dulu. 

Makcik aku pun ikut juga dengan anak dia. Unplanned, diaorang naik dari Stesen Kempas.
Bodyguard of the day *peace*
Taknak kalah juga. Leuls~

Dah puas bergambar, nak sarapan dekat Kluang Railcoffee tu la. Sekaliii nahhh 
Sampai gitu sekali penuhnya orang. So kitaorang decide tak mau tunggu. So kitaorang memulakan misi berjalan kaki ke Bandar Kluang. Patah kaki, siap melecet kaki aku. Terus beli selipor 10 hinggit. Hahaha.

Dah sampai Bandar Kluang dalam 10 minit juga jalan, jumpa Kluang RailCoffee. Merasalah juga tekak ni. Roti bakar dia memang ngencess~ 
Nasi lemak ayam. Nescafe susu. Roti bakar. Aku punya~
Bandar Kluang
Stesen keretapi Kluang
Cerita tak habis disitu, nak balik Jb train pukul 7. Semua dah penat. Patah kaki pasal dah pusing Bandar Kluang dengan kudrat habis. Sopping lagi. So kitaorang decide balik naik bas ekspress. Dari stesen keretapi nak pergi stesen bas jalan kaki lagi adalah dalam 30 minit.

Bantai tidurlah dalam bas RM 10 tiket sorang, turun Larkin Sentral. Kereta kitaorang park dekat JB Sentral. So naik bas tambang RM 1.70 sampai JB Sentral.

Memang patah kakilah, tapi pengalaman tu seronok!!! Total expenses RM 300 untuk 4 orang. Termasuk makan, transport dan jajan la. Soping sikit.

Sekian. KeluangMen pun tak jumpa. Patah hati.

Saturday 20 June 2015

#CacaRMLoveFood - Overnight Oat

Ok sekarang kan tengah musim Overnight Oat. So sis pun taknak kalah mestilah nak cuba juga. Lebih-lebih lagi sekarang bulan puasa, memang memberi tenaga lebihlah kata orang. Selain dari Overnight Oatmeal ni, Kurma shake pun sedap. Nanti kita bagi resepi ok. 

So antara bahan-bahannya: 
- Fresh Milk, kalau nak diet gunalah Low Fat Milk. Gituuu~ 
- Vanilla Yogurt. Greek yogurt, Natural yogurt segala jenis yogurt pun boleh. *jangan guna Tairu sudahlah* Leuls~
- Oat
- Kismis, Strawberry, Blueberry. *Nak tambah buah lain silakan*
- Jar kosong/ Bekas Tupperware
- Chia seed/ Badam/ sukalah kekacang apa lagi nak buh. 

Caranya:
Campurkan semuanya, sukat la berapa banyak nak bubuh. Pastu buhla dalam peti ais semalaman. Sahur makan. Yums~ 

Tudiaaa tudiaaaa ni sis punya lah. Nak sedap lagi sebelum makan baca bismillah. HAHAHAHAA. Sis makan dengan nutella buh atas, tak pun madu tualang. Ikut tekak sis. Sedapnyaaaaaa~ ok sekian. Bai ! Selamat mencuba tau! 

Friday 19 June 2015

#CacaRMLovefood - Sambal Ikan Bilis Kentang Rangup

Since sis da save link, resepi ringkas berasaskan ikan bilis. So nari sis masak ni. Yums~ tak zabarrr nak rasa. Tapi ikut resepi umie lebih! HAHAHA~ nak resepi boleh PM sis 😅 #SisBukanMenantuHarapan #SisTakPandaiMasak

Resepi: 
Kentang *ikut sukalah nak bapa biji*
Ikan Bilis *ikut sukalah nak bapa banyak*
Bawang merah besar 1 biji, Bawang putih 4 biji *dikisar bersama* 
Cili kisar
Garam & gula secukup rasa
Asam keping *Nak buh boleh, taknak pun takpa. Sis bubuh sekeping* 

-Potong kentang nipis-nipis. Sis sagat ja. -Rendam dengan cuka untuk effect lebih garing.
-Lepastu goreng.
-Goreng ikan bilis 
-Tumis semuanya bahan kisar dengan minyak
-Masukkan kentang & bilis sudah digoreng.
-Masukkan perasa semua. 

Sis tak pakai sukat, sis ikut suka. Agak-agak. Sebab sis ada Chef Umie mandor dekat sebelah. Selamat mencuba. Bai!


Ramadhan 2015

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia Allah ini. Mohon ampun maaf dipinta, bulan baik, barang baik. Moga kita sama sama dilimpahkan kurnia dan dirahmati-Nya. In sha Allah. 

Kita sambut puasa di kampung. Anak-anak buah kita semua tu. Comel ! 

Tengok Iecha Mok ( 7 tahun ) tahan puasa. Dia punya tunggu waktu nak berbuka tu, dengan muka toya. Pas dapat buka bukan makan banyak pun, air ja dia teguk! Fighting Mok, puasa penuh ganjaran besar menanti. In Sha Allah 😊

Wednesday 17 June 2015

#BFFTripAsia to Krabi - Part 6

Ok this is my last entry tuk Krabi. Sudahlah. Nanti muak pula. Yang lain biarlah dalam memori aku. Hehe~ 

7 Mei 2015 

- Flight balik aku jam 2.30 pm waktu Krabi. So sebelum pulang scooter, kami pusinglah cari makan tengah hari. Lupa nak cakap, sewa Scooter 200 bath, tuang minyak 50 bath. So 250 bath share 2 orang lah. 

Dari hotel ke airport kami naik Private van yang harganya memang 150 bath sorang. Tak kurang tak lebih. Tapi kena pandai pusing cari. Sebab ada jual mahal.


Alhamdulillah sampai bumi Malaysia around 6 pm macam tu la. Paling best, flight balik JB aku esok pagi, Anabella pun esok. So kita orang gamble tidur dekat airport macam gelandangan. Like seriously itu pengalaman baru. Nak merasa! HAHAHAHAHAHA.

So korang nak tahu tak berapa aku punya expenses dekat Krabi tidak termasuk tix flight dan hotel. Sebab tu semua dah bayar sebelum pergi. Aku tukar RM 500 sahaja sebelum pergi, tapi terkalah time shopping souvenirs. So tukar lagi RM 150. So total adalah RM 650.

Sangat jimat kalau pandai la. Baru style backpackers walaupun usung beg akademi fantasia. Tu mmg style aku! HAHAHHA. Tapi aku cukupla pergi sekali saja la. Takdanya nak repeat. Ok bai! 

Inilah food street di Krabi, makan ja la apa yang ada. hehe. teh ais Krabi memang terbaik. sedapppp gilaaaa!!!!




#BFFTripAsia to Krabi - Part 5

Hari ni last aktiviti dekat Krabi. Cuti pun nak sampai penghujung. Jom~

6 Mei 2015

- Pakej / aktiviti terakhir aku ni gila memang mencabar aku. Mencabar fizikal aku, mencabar jiwa penyayang haiwan, mencabar aku sebagai manusia. Sebabnya, Ya Ampun! Apa pakej dia? Pakej dia dalam 600 bath seorang.

Yang pertama, pagi-pagi kami kena hangkut bawa naik satu van dengan Cina bau baju lembap tak kering hamis! Nasiblah~ satu hari suntuk memang kena tahan hidung.

Menuju ke Elephant Trekking. Naik gajah! Aku memang taknak, sebab aku tak sampai hati. Tapi aku tak tahu kenapa aku turut saja ajakkan orang dengan perasaan kosong. Dah naik atas dia, ya ampun. Tingginya kau! Palang penghadang hanya sebatang besi! Gila scary. Sepanjang naik tu Syakina paut aku, kami tak berbual. Hanya berbual dan... Aku menangis! Gayat tu satu hal, bukan sebabnya. Sebab aku rasa berdosa, siap minta maaf. Jangan cari aku di akhirat. Waaaaaaaa~ tapi lepas tu aku belanja dia sebakul pisang. Kesiann..

Tu abam yang bawa gajah. Aku rasa dia minum. Kuat gila bau arak! Phewww~ lepas dari naik gajah. Kami kena bawa pergi Emerald Pool & Blue Pool.

Disinilah bermulanya acara jalan kaki bermeter-meter. Sabar ja la. Untuk ke Emerald Pool kena jalan 800m ke dalam. Boleh mandi, tapi aku tak mandi pun. Malas! Dah penat jalan, aku stress! HAHAHA. 

Lepastu, belum habis lagi. Kau nak tengok Blue Pool kau kena jalan lagi 600m ke dalam. Tudiaaaa~ sepanjang perjalanan nak naik Blue Pool tu aku pun snap la gambar. Bosan! Hutan kiri kanan.

Tiap kali orang lalu tuk balik, kami tanya. Jauh lagi ke? Jauh lagi. *mereput* bila dah sampai, memang mulut kau tak habis habis memuji kuasa Allah. Jadi orang cakap berbaloi lah kau jalan jauh untuk pemandangan macam ni. Subhana Allah. Taraaa~ 
Hah apa kagi gambar gambar dan gambar. Patah balik nak turun bawah kau kena jalan 600m lagi. Tu baru sampai Emerald Pool. Nak keluar dari tempat tu jalan lagi 800m. So untuk both pool ni kau dah jalan kaki sepanjang 2.8km. Matilanakkk!! 

Naik van semua kepanasan, aku tak larat dah. Nak lelapkan mata la konon tapi baru nak lelap dah sampai next destination, Hot Stream Pool. Fuhh legalah boleh rendam kaki. Dah lenguh!

Sekali dia kata kau kena jalan lagi 300m ke dalam. Makk aikk nak suruh aku mengengsot ke apa bamthai. Nak taknak turutkan lah. 
Dapat tempat strategik lepas berebut dengan nyonya, aku rendamkan kaki. Legaaaa. Tempat dia kecil ja, biasa ja la. Nak balik pergi van jalan la 300m. So total aku berjalan kaki pada haritu ialah 3.4km kau. Dah boleh masuk larian amal 5km. Naik van ja, terus membuta! Sampai hotel, naik mandi. Perut lapar. Nak cari makan. Sewa motor! 

Siap pergi urut chuolsssss. memang terbaiklah. dah penat jalan kaki macam nak rak!


Aku dahla tak pandai bawa motor, sewa motor actually scooter la. Fobia! Nak taknak kena ambik juga sebab malam nak jalan cari souvenirs. Phewww!