Pages

Sunday 27 September 2015

Cafe Racer

Hi semua,
Orang Johor cuti panjang, macam mana? Seronok tak? Ke rasa nak sambung cuti lagi.. Kali ini punya entri nak review cafe pat JB ni. Cafe apa? Jom~

Cafe Racer, Taman Pelangi.

Biasalah kalau cafe hipster macam ni, budak-budak muda macam iollss sukalah. *muda ke?*

Aku lepak dengan Umie & Baby sis, Fyna. Minum petang, saja ja pusing-pusing. Tuppp singgah.. Apa special nya cafe ni, actually cafe ni konsep dia konsep dunia permotoran. Racer, tapi bukan rempit ok. So dalam tu, ada lah motor-motor sebagai hiasan, jualan tuk aksesori motor, helmet, gelang dan sewaktu dengannya. Uniklah. 

Makanan dia? Ala standardlah western food. Aku just ambil light food, sebab lunch dah makan kenyang. Nama pun melepak kan~ price? Pricey la sama ja. Kalau dah nama cafe hispter, takkanla pula harga ikut warong abg leman tepi jalannye dak? 

Nachos. With assorted sauces *all included*

French Fries. 

Milo Dinasour

Ordered by Baby sis and it costed me RM 15. Nak marah, sayang tapi bebel jugalah. Pat rumah pun boleh minum milo. Order lah lain dari yang lain. Hampeh!! Aku dengan umie ordered Root beer float ja pun. Puas hati !

The Trio's 

Cafe Racer punya waiters, waitress dia semua friendly. Senyum aja. Offered nak tolong ambilkan gambar lagi. Oklah, itu sahaja yang mampu aku cerita. Walaupun aku tahu tak membantu langsung. So kalau korang nak cuba, silalah pergi. Moga kena dengan selera juga. Daa~

Saturday 19 September 2015

Give up!

Pernah tak kau rasa give up?
Lepas kau dah cuba.

Ini aku rasa.

Aku give up dengan cinta lama,
Tapi adakalanya aku masih menagihnya.

Aku mula dengan buku baru,
Dan aku juga mula give up dengan cerita baru.

Penat menunggu,
Dari dulu hingga sekarang.
SAMA.

Tiada perbezaannya.


Tuesday 15 September 2015

Akui

Pulang.

Pulangkan aku pada memori lama.

Pulangkan aku semula dalam nyata.

Pulangkan bahagia yang kita janji bersama.

Pulangkan aku detik waktu kita bersama mengukir janji.

Pulangkan aku semula kenangan yang kita cipta bersama.

Pulangkan aku rasa yang dulunya bahagia tapi sekarang hilang entah kemana.

Pulangkan semuanya. Aku rindu.

Wednesday 9 September 2015

Sesuatu Yang Pasti.

Umie cakap setiap pertuturan yang kita cakap,
cakapla yang elok-elok sebab saat kita sedang ucapkan ayat itu,
Allah swt perkenankan, macam mana?

Jika pertuturan kita baik, elok, sejahtera.
Alhamdulillah~ beryukurlah kita.

Tapi bagaimana jika pertuturan itu sesuatu yang mengaibkan?
Sudahlah dituturkan berbunyi hodoh, apa ntah lagi kalau ia terjadi.
Nauzubillah Min Zalik~

Tika dan saat ini, aku ucapkan yang baik-baik saja untuk diri aku sendiri, kawan-kawan, keluarga dan masa depan.
Ya masa depan, iaitu JODOH.

Jodoh yang aku harapkan, belum tentu di Luh Mahfuz ia milik aku dan jodoh yang aku tidakkan mungkin juga milik aku.

Orang - orang disekeliling aku, kawan-kawan baik aku semuanya mempunyai masalah berkaitan dengan cinta.

Yang jodohnya bertahun lama, akhirnya bakal zauj yang diidamkan bakal berkahwin dengan orang lain.

Yang ada percintaannya tidak direstui keluarga. 

Apa semua ini ujian-Nya untuk lihat apa kita boleh menerimanya atau tidak. Mampukah kita tahan, sabar dan redha dengan ujian sebegitu rupa.

Sedangkan aku sendiri masih bertatih untuk 'move on' dari luka dan cinta lama. Tapi rasa sedih, perit, sakit, bahagia, rindu, kasih, sayang itu susah untuk aku lari darinya. 

Malahan aku masih berharap tentang sesuatu yang tidak pasti.

Janji Allah itu yang terbaik. Berdoalah, solat mohon petunjuk.