Pages

Wednesday 18 February 2015

Letih aku.

Masalah orang, aku sanggup korban otak aku tuk berfikir.

Bila part aku, masalah aku. Siapa ngerti? 

Aku bukan mengungkit, setiap apa yang berlaku aku yang ambil character as "Ketua".

Tapi sampai bila? Apa aku tak punya masa untuk aku sendiri?

Sanggup aku berfikir panjang untuk beli keperluan aku sendiri kerna aku perlu beri pada yang lebih perlu.

Mana tanggungjawab sendiri?
Mana? 

Sampai bila? 
Lama sudah aku bertahan. Sampai masa aku diherdik.

Seakan-akan aku tidak pernah hulurkan tangan ringankan beban. 

Seolah-olah langsung tiada. Tetapi seingat aku dalam perkiraannya, perhitungannya aku yang selama ini meringankan banyak pihak.

Letih aku~

Wednesday 11 February 2015

Sekaki bersama~

Berapa kali cakap dengan hati, berapa kali juga cakap dengan diri. Tengok masa kau susah siapa yang teguh berdiri sekaki bersama. Siapa yang ada waktu kau gelak ketawa saja. Oh! 

Tuesday 3 February 2015

Lelaki kucing

Kau beri harapan dan akhirnya kau tinggalkan.

Kini kita tidak lagi. Kau ambil jalan untuk sunyi dan sepi. 




Sunday 1 February 2015

Balik pada pangkal.

Hi.
Entry kali ni sejenis luahan perasaan. Tak kisahlah ada orang baca atau tidak. Janji aku luah perasaan sendiri. 

Tak peduli? Habis aku kisah apa.

Dunia aku bukan kau~ 

2015 aku bermula dengan attend wedding adik pakcik aku. Lepas tu attend majlis cukur jambul anak buah aku. Perasaan aku?

Tahun ni aku up lagi satu tahun umur. Tapi boyfriend pun takda. Tercari-cari. Berangan. Itu aku.

Habis aku terasa aku perlukan teman, siapa taknak punya keluarga sendiri, pegang baby sendiri, tengok umi abah senyum happy main dengan cucu sendiri.

Tapi..
Aku tanya diri aku, apa aku betul-betul bersedia untuk itu?

Berbalik pada pikiran norma, Mungkin Dia ada perhitungan yang terbaik untuk aku.

1) Melihat orang lain berkeluarga, aku menggelatat. Apa aku tak sabar sebab tengok orang lain punya keluarga. Bukan sebab sudah bersedia.

2) Mungkin Dia mahu aku bantu keluarga aku, membalas penat lelah mereka membesarkan aku. Menolong mereka selagi mereka masih ada. 

Dua sebab ini aja yang bermain di fikiran aku. Aku tak mahu ambil kira, masih menanti si dia yang belum pasti kunjung tibanya. 

Berbalik pada pangkal, doalah yang terbaik.