Pages

Wednesday 31 December 2014

Aku cuba

Aku cuba jadi manusia yang terbang tinggi,
tapi aku berbalik semula pada tanah untuk dijejaki.


Aku cuba jadi manusia yang tidak mudah lupa diri,

tapi aku dihujani dengan kata kata puji.


Aku cuba jadi manusia yang marahnya tidak menyakiti,

tapi aku dibisik durjana untuk memaki.


Aku cuba jadi manusia yang sentiasa ingat pada ilahi,

tapi aku lupa tuk bersujud dengan hati.


Aku cuba untuk jadi yang terbaik,

tapi aku ditolak diherdik dalam senyuman.

Friday 26 December 2014

Manek Urai

Hari ini Jumaat terakhir tahun 2014.
Hari ini juga genap 10 tahun Peristiwa berdarah Tsunami yang berlaku.

Sedang kita menunggu tahun baru, 
Allah taala memberikan ujian kepada kita dengan Bah yang terjadi di Pantai Timur.
lebih teruk dari sebelumnya, lagi hebat kuasa-Nya.
Ya Allah, kau yang maha esa, maha besar, maha kuasa.

ampunilah segala dosa dosa kami, kau cucilah segala dosa kami, tapi jangan kau hukum kami.
kasihanilah saudara saudara kami, telanlah airmu ke tempat yang betul, hentikanlah curahanmu kerna sudah tidak tertampung dek saudara saudaraku.

kepada kau kami bermohon Ya Rab.

#prayforPantaiTimur

Wednesday 24 December 2014

Tak semua

Tak semua orang rasa, apa yang kita rasa.
Tak semua orang nampak, apa yang kita hadapi tiap hari.
Tak semua orang tahu, apa yang kita lalui.
Tak semua orang. Tak semua..

Twitter

Bila berpisah ni, penat nak start over relationship dengan orang lain. Nak berkenalan balik, nak mula sayang, nak sayang gila-gila. Penat. #twtcinta

Tuesday 23 December 2014

Kejap 2.50, kejap 3.50 petang

Tidak akan berbunyi,
kalau takda tangan yang bertepuk.

Tidak ada janji,
Kalau takda orang yang bersuara.

Tidak ada rindu,
Kalau takda dia yang melahu.

Persetankan! Kau injak semahunya tanpa belas ihsan. Benci aku pada kau bertambah dan jangan minta aku datang!

Esok kita buka baru, pergi kau bersama memori tipu.