Pages

Friday 30 October 2015

Ikut tekak!


                     
Kotak pikiran dan kotak hati tidak pernah sehaluan, tidak pernah juga bersatu bergandingan. Lalu mahu ikut siapa?

-ikut tekak! 

Wednesday 21 October 2015

Kejadian

Bentak dan nadanya tidak sehala. Beritahu si gadis kepadaku. Apa mahunya, apa nahunya? Hatinya memberontak!

Friday 16 October 2015

Ayam Perap BBQ sos versi malas.

Hello semua.. Entri kali ini nak cerita pasal resepi. Tapi resepi hentam dari aku, sebab aku kononnya dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Tapi dalam level 1 lagi pasal orang kata "hot hot chicken shit". Kahkahkahkah. Siapa peduli, ada aku kisah. Pada saat dan tika ini, sudah 2 minggu aku tak ambil nasi. Tapi, ya tapi hari ni umie masak nasi lemak. Sis kenot tahan, makan suku ja. Hahahaha.

So apa yang aku masak? Aku takda nama tuk apa yang aku masak ni. 
Kalau chef umie kita kata sedap maknanya sedaplah tu. Yums~ 

Ada 3 benda dalam tu, ayam, mashed potato (kentang lenyek) & brokoli ja pun. Heee :D

Untuk mashed potato,
2 biji kentang. 
Kopek kulit.
Belah 4, untuk cepatkan proses rebus
Tabur garam sikit dalam air rebusan
Dan rebuslah sehingga empuk.
Sudah empuk, toskan airnya.
Lenyeklah kentang dan buhla lada hitam
Rasalah sesedap tekak korang.

Untuk brokoli.
Ambillah berapa banyak brokoli korang.
Rebus ja dalam air kentang tadi
Layurkan sekejap saja, sebab aku taknak layu.
Nak kekalkan kerangupan kata orang.
Angkat dan toskan.

Untuk ayam.
1 belah dada ayam.
Bawang putih, halia. (Benda ni aku beli dah siap memang ada jual dalam botl) 
So aku tak kacau barang umie. Heheheh.
*sebenarnya pemalas!
Ayam dah basuh, gaulkan halia dengan bawang putih.
BBQ sos jangan dilupa. Kahkahkah *itu rahsianya*
Gaulkan, lada hitam dan chilli flakes ditaburkan juga.
Panaskan oven, 175'c.
Bersedia untuk dibakar dalam oven. Jamgan lupa kelarkan ayam tu. Untuk cepat masak. Aku spray aluminium foul tu dengan cooking spray sebelum letak ayam.

Sebelum tu aku tabur parsley dengan rosemary. Konon nak naikkan bau. 
Ini pun aku beli 4 sekawan sekali. Senang! Oregano, parsley, Basil & Rosemary. 

Ayam bakarlah dalam 15/20 minit. Korang tengok-tengok. Sebab dada ayam kan, cepat masak. 

Sudah. Itu saja. Sedap. Cepat dan ringkas. Buat food presentation sikit, bentukkan sos cili tu. Yums~  

Monday 12 October 2015

Petals & Bakes Cafe

Hello friends.. Malam ni kita bikin review tak berbayarlah lagi ok? Nak cerita pasal apa?

Petals and Bakes Cafe. Sebenarnya cafe ni sama company juga dengan Big Food Cafe. Big Food cafe ni dah macam rumah kedualah, mesti pergi makan sana kalau dah tak tahu sangat nak pergi mana. 

Tapi yang nak diceritakan bukan pasal Bog Food cafe *mungkin ada la kita selit sikit* tapi pasal.....
Semacam! Roarrrr~ 

Cafe dia so nice and cosy, peaceful environment, sound and safe kata orang. Kerusi kecil dari aku, so aku pun step step snow white lah kan. HAHAHAHAHA.

Main attraction untuk selfie kot.
Nice kan?
Cari dimana kek? 

Okay, seterusnya ialah geng tuk cafe hopping aku haruslah umie & baby sis kita. Siapa lagi! Hehe~
Umie cantik kita~
Baby girl kita~

Apa yang kita orang makan? Time tu pun dah petang, so kira hi-tea la kan. 
Ini namanya Bananutella. Syurga!
Ini pula Churros Waffle dengan Salted Caramel.
Digabungkan jadilah ini, taraaaaaa~
Tengok selera baby kita, terjelir lidah! HAHA.

Lepas maniskan mulut, gambarlah apa lagi... 
So berapa bintang Nora nak bagi? 8 over 10 la. Yums~
Yang ni, next weeknya kitaorang pergi lagi. Tapi duduk pat Big Food Cafe, still korang boleh order makanan dari Petals & Bakes Cafe juga. No worries.

Lokasi? Area Nong Chik, sebelah SBU boutique. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Bai! 


Sunday 4 October 2015

Happy Birthday Ca! 2015

Hi. Based on title pun tahu kan apa ceritanya. Kuala Lumpur itu terlalu biasa untuk sesetengah orang. Tapi untuk mereka yang macam aku ni bukan selalu pun pergi KL for holidays. 

Sebab birthday aku, so aku treatlah diri dengan ke KL. At the same time, Abah punya family ada wedding. 

Aku bawa Qaseh together, tak susah jaga dia. Clever girl, speak well, so kepoh. So trip pun jadi havoc lah. And because of her jugalah aku belanja family go to Aquaria KLCC. Ya la, if you pergi without kids macam tak best pula kan. Tak happening gitu. Pasal I've been there before with my Ex, bestla konon spend time sesama tengok ikan semua bagai. Tapi kosong~ kihkihkih. 

Kuala Lumpur. 4 - 6 Sept 2015.
 Biar saja gambar berbicara. 
Sebelum jalan kita cuci kereta dulu. Hi, saya Qaseh! 
Uncle Ci & Qaseh
Tok Umie & Tok Man. Look at Qaseh, dah tak sabar nak pergi Aquaria. Muncung tak sampai-sampai. 
"Kenapa rumah ni takda dapur Tok Umie"

Bulatan ingatan itu akan berpecah mengikut pecahannya.

Roti Naan Cheese
Qaseh 
Meatball IKEA
Yums, she really enjoyed it.
Oklah, gambar pun da tunggang langgang. Nampak sangat malasnya. So aku looking forward tuk next holiday. Jueahhh!