Pages

Friday 30 January 2015

Enteng

Takda luck bila berbicara mengenai hati dengan lelaki. Lelaki ambil mudah dengan memandang enteng perasaan aku. Apa aku ini boneka?

Wednesday 28 January 2015

Malam ini

Malam ini aku ucap rindu, kau balas sendu.  

Malam ini aku nyata sayang, kau balas wayang.

Malam ini aku bagi hati, kau balas emosi.

Aku penat ucap semua, putus asa tapi aku berdiri kerana naluri. 

Malam bidadari dunia, andai tiada lagi esok hari tuk aku bahagiakan rasa. Mungkin baru kau terasa! 

Seribu seratus

Ku perlihatkan kegembiraan di luarannya, senyuman dan gelak tawa yang sentiasa ada, sebenarnya yang dalamannya akulah manusia yang paling menderita. Menahan segala rasa, hidup dengan pilu pada malam harinya.

Tuesday 27 January 2015

Sayang light2 je.

"Xkisah awak dengan siapa tapi awak jangan terlalu mengharap kat orang tu ok baby.. Sayang light2 je."

-Fatyn Nazira, 2015

Sunday 25 January 2015

Dal

Umie & adik-adik

Rapuh

Kecewa aku mengalahkan hati yang ditinggalkan tanpa khabar berita.

Kecewa aku mengalahkan pasangan bercinta bertahun lamanya dan putus ditengah jalan.

Kecewa aku kecewa dengan diri sendiri atau orang disekeliling?

Kalau aku hilang apa ada yang mencari? 

Kalau aku hilang apa ada penghargaan untuk aku?

Menangis aku di sejadah, jahilnya diri ketika susah baru mencari-Nya.

Sedangkan aku tahu Dia sentiasa ada untuk aku dan tiada kecualinya.

Rapuhnya aku hari ini.

Friday 23 January 2015

Jumaat ini

Jauhi aku dari lelaki yang tidak menjaga adab sopannya,

Jauhi aku dari lelaki yang tidak menjaga solatnya,

Jauhi aku dari lelaki yang sentapnya sentiasa tak bertepi,

Jauhi aku dari lelaki yang harga dirinya tidak bernilai,

Jauhi aku dari lelaki yang sentasa lalai dengan duniawi,

Jauhi aku dari lelaki yang tidak serious dalam hubungan dan keluarga

Ya Allah. 

Thursday 22 January 2015

Tin Minuman

Aku bukan tin minuman yang habis diminum dicampak ke bawah dan dipijak. Di injak perasaan itu sampai kemek! Walau boleh diguna balik, ia bukan jadi tin yang sama!

Friday 9 January 2015

9 tahun kenangan

Jika masih bersama hampir 9 tahun mengusung rindu mengulit kasih. Tapi perjalanan bersama menjadi kenangan. Tidak mungkin kan sama~ Ahh tiba tiba rasa itu datang kembali minta ditangisi. Buang jauh itu emosi!
                Happy Birthday Dean! 

Wednesday 7 January 2015

Depan opis

                                       
  Nak cari pelangi kena jumpa hujan dulu. 

Saturday 3 January 2015

2015

Hidup baru kaitannya dengan tahun baru,
tapi aku masih disitu.

azam baru aku tidak tercapai dek azam yang dulu.
masih tertangguh. kaki. bisu.

bila teringat azam dulu, aku tutup buku.
aku tak mampu.

Alhamdulillah tahun baru bermula dengan perasaan sayu.
masih mampu tersenyum dan berlalu.