Pages

Thursday 25 September 2014

Andai ini takdirnya

Percintaan bertahun-tahunnya belum bisa menjamin kebahagiaan hingga ke syurga selagi dia nya belum sah menjadi imam kamu..

Cinta yang kau semai hampir ke 9 tahun itu juga boleh jadi terputus di tengah jalan, boleh jadi juga diam seribu bahasa, boleh jadi juga tergantung tanpa berita.

Tidak seperti selalunya, jika dia mempunyai masa ke Kuala Lumpur, pastinya akulah orang pertama yang hatinya akan berbunga-bunga.

Tapi kali ini berbeza, langsung tiada panggilan telefon daripadanya, langsung tiada whatsapp daripadanya. Yang ada cuma check in di Facebook.

Kesimpulan yang dapat aku rungkai kan, tiada lagi rasa sayang itu, juga ego dari kedua belah pihak. 

Andai ini takdirnya. 

Sunday 21 September 2014

Sedih

Orang cakap kalau kita sedih, jangan tunjukkan.
Pergi cari yang maha Esa. 

Yes, itu memang kewajipan. 
Tapi manusia itu sendiri dikurniakan dengan hati dan perasaan kan? 
Jadi tak salah untuk rasa sedih. 

Aku? Kau bagi aku masa menangis sekejap. Senyum semula, lepas tu menangis lagi semahunya..

Selepas itu, in sha Allah aku akan okay.
Aku sudah terlalu banyak lalui kesedihan, yang membuatkan aku bangkit tabah. 

Dan tangisan sekarang tidaklah seberat dugaan yang dahulu.
Aku redha! 

Tuesday 16 September 2014

Bertamu

Terkadang. 
Rasa itu datang tanpa diundang. 
Rindu itu cuma bertamu untuk mencuit hati yang lama telah berdiam diri.
Malam!