Pages

Sunday 1 February 2015

Balik pada pangkal.

Hi.
Entry kali ni sejenis luahan perasaan. Tak kisahlah ada orang baca atau tidak. Janji aku luah perasaan sendiri. 

Tak peduli? Habis aku kisah apa.

Dunia aku bukan kau~ 

2015 aku bermula dengan attend wedding adik pakcik aku. Lepas tu attend majlis cukur jambul anak buah aku. Perasaan aku?

Tahun ni aku up lagi satu tahun umur. Tapi boyfriend pun takda. Tercari-cari. Berangan. Itu aku.

Habis aku terasa aku perlukan teman, siapa taknak punya keluarga sendiri, pegang baby sendiri, tengok umi abah senyum happy main dengan cucu sendiri.

Tapi..
Aku tanya diri aku, apa aku betul-betul bersedia untuk itu?

Berbalik pada pikiran norma, Mungkin Dia ada perhitungan yang terbaik untuk aku.

1) Melihat orang lain berkeluarga, aku menggelatat. Apa aku tak sabar sebab tengok orang lain punya keluarga. Bukan sebab sudah bersedia.

2) Mungkin Dia mahu aku bantu keluarga aku, membalas penat lelah mereka membesarkan aku. Menolong mereka selagi mereka masih ada. 

Dua sebab ini aja yang bermain di fikiran aku. Aku tak mahu ambil kira, masih menanti si dia yang belum pasti kunjung tibanya. 

Berbalik pada pangkal, doalah yang terbaik. 


No comments:

Post a Comment