Pages

Saturday 15 August 2015

Yang sentiasa ada.

Hari ini hari terakhir Syawal 1436H. Sepanjang tempoh Ramadhan dan Syawal ini banyak benda berlaku dalam diri aku, keluarga aku & orang sekeliling aku. Paling terasa adalah aku..

Manusia itu boleh datang dan pergi sesuka hati. Bila mana dia selesa, dia akan terus tunggu. Jika tidak, dia boleh pergi tanpa dipinta.

Perkenalan aku dengan seseorang itu diaturkan oleh Allah swt, kami berkawan dan awalnya bahagia. Sehingga satu hari, masing-masing diam seribu bahasa. Khabar hanya diutuskan dengan ucapan Selamat Pagi & Selamat Malam. Itu sahaja. Dan kemudiaannya Allah temukan aku dengan seseorang, gerakkan hati aku untuk berkawan dengannya. Siapa aku untuk menolak, berkawan biar seribu. Bercinta biar satu. Tiada salah dalam perkenalan itu. 

Apa ini ujian-Nya. Aku tidak pernah meminta untuk memilih siapa paling bagus, siapa paling hebat. Tapi pintaku dalam doa, dipercepatkan jodoh dan dipertemukan jodoh bersama seorang lelaki yang soleh. Mampu membuat hati aku rasa apa itu bahagia. 

                      
Yang sentiasa ada,
Keluarga aku. 

No comments:

Post a Comment